Skip ke content
Maduria

Legal

Terma Penggunaan

Last update: 1 Jan 2026

Website ni dikendalikan oleh MGV Industries Sdn. Bhd. (205329-W) (“kami”). Bila awak akses atau guna website ni dan portal agent Maduria, awak setuju dengan terma kat bawah.

1. Penggunaan website

Content website ni untuk info umum pasal produk dan program partner Maduria. Awak setuju untuk tak salah guna website ni, termasuk cuba akses sistem tanpa kebenaran atau hantar maklumat palsu.

2. Harta intelek

Nama, logo, design label dan semua bahan kat website ni hak milik MGV Industries Sdn. Bhd. dan tak boleh diguna tanpa kebenaran bertulis.

3. Akaun agent, stokis & distributor

  • Pendaftaran tertakluk kepada verify email dan approval HQ.
  • Awak bertanggungjawab jaga password dan semua aktiviti dalam akaun awak.
  • Harga, package dan minimum order boleh berubah dari semasa ke semasa dan akan dimaklumkan dalam dashboard.
  • Kami berhak suspend akaun yang langgar terma atau jejaskan nama baik brand.

4. Contest & lucky draw

Setiap contest ada terma & syarat sendiri yang dipaparkan kat page contest tu. Keputusan penganjur adalah muktamad.

5. Had liabiliti

Kami cuba pastikan maklumat tepat, tapi tak jamin website ni bebas dari kesilapan atau gangguan. Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tak bertanggungjawab atas kerugian akibat penggunaan website ni.

6. Undang-undang terpakai

Terma ni tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

7. Contact

Ada soalan? Hantar ke info@mgv.com.my atau guna contact form.